Friday, August 10, 2012


sentap hati mak kau, 

presentation for business class.
 kite orang jual satay..
wahh..

inovatif product tak pakai lidi..
homemade sos..
ala2 nando's gitu..
class kau..

tapi yg niy kita org buat then ayim yg present.

last week my turn,
i choose SIMPLYSITI,
 bla bla bla aku merepek..

lect. nganga.
msty laa dia laki kan..
macam dia tnye..
cm nak cepuk je..

nasib hensem je.. 
hahahahahaha..

Wednesday, July 18, 2012

waaa...try hobby baru.


Photoshoot. 

a few month ago . . .



Welcome to Kota Kinabalu.. 2 hours 45 minutes in that things. tak suke tau. tak boleh gerak gerak. boring sangat. kelas ekonomi laa kata kan...then before depart delay about 1 hours. spoil mood aku. senyum pun cam tak ikhlas je..haha..


Lepas check-in, berangkat ke Kota Belut.. wahhh best sangat. macam macam mak nenek ada. makanan jangan dok kata. Dari 1957 sampai 2012, semua jenis kuih ada. yang takda kat semanjung pun ada.. pelik pelik. tapi nice. sedap jgak. taste macam Stacy. 


Lautan China Selatan. sapa berani mandi di persilakan.. ombak bergelora. korang xpro ke pro ke dia telan macam kopok je.. sikit punya kuat laa ombak niy..  kite duduk tepi ni pun dah berhayun hayun kena pukulan angin. serius kencang. tak caya tengok. kite pakai sunglass to avoid mata. coz angin kuat. kena mata sakit..


Akhirnya, sampai jgak ke tempat pendakian Gunung Kinabalu... firstly nak cakap. kite menangis dalam perjalanan..nak tahu sebab apa? Ya Allah cantik sangat kurniaanMu ini. gunung kinabalu cantik tersangat sangat. kite tengok tak kejip mata. alih alih air mata yang jatuh. tersedar betapa besarnya kuasa Allah. setiap bongkah gunung tue sangat creative Ya Allah. Kau maha pencipta. tersangat sangat la cantik. tak leh nak gambarkan. korang sume mesti tengok LIVE. 


Conapy Walk at Gunung Kinabalu Forest. sumpah first time naek setinggi ni. muka kite pun takut takut je kan. mak tak ye 105 meter tinggi canopy niy. Sumpah tinggi. Then abah saya suka maen goyang goyang tali dia. then lompat lompat. kang putus tali, memang parah. hehe. . .

meet a again...

Assalamualaikum... Ya Allah lama gile lama tak buka blog. sebab lupa password..hehe rindu nak ber-blog..nak karang apa pun dah tak tahu. dulu macam macam idea. sekarang ntah laa.. meh nak mengasah bakat semula. eh awak, awak.awak.. kite dah duduk shah alam tahu. lepas dapat je result STPM. kite terus buat online application at MSU. tahu kalau IPTA dah takde harapan. bukan rezeki saya kot. tak pe laa.. nak buat macam mana kan. eh awak sume sihat??


Sepatutnya kite kena tido dah sekarang. esok de quiz awal pagi. tapi mata tak bole lelap. hati tengah merana. otak memusing. . .

Wednesday, February 8, 2012

8 february 2012


Umur ku genap 20 tahun.

Mencari doa sempena hari lahir…membawa saya ke sini.setelah membaca baitnya cukup buat diri ini tersentuh dan keinsafan juga bertandang..mohon halalkan untuk perkongsian di blog saya…terima kasih.
Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.
Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku  ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbul Alamin.