Sunday, February 6, 2011

petua kepada si dia dan semua yg membaca..^^

 RESDUNG:
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkanmenyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudianpicit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kalisehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih.Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.


Melembutkan Tapak Kaki:
Ambil sedikit hampas kelapa dan campurkan dengan air perahan limau nipis. gosokkan tapak kaki dengan bancuhan itu berulangkali. amalkan sekurang - kurangnya seminggu untuk mendapat hasilnya.

Mgurangkan selsema...^^
1) Hidu bau halia hidup yang telah dibersihkan.
2) Ambil secawan air didihan beras. Minum ketika suam. Amalkan selalu.
3) Jika selesema akibat cuaca hujan atau panas terik, basahkan ubun-ubun kepala. Ulang beberapa kali.
 

Menormalkan Suhu Badan.
Anda dinasihatkan jangan minum minuman yang sejuk. Amalkan meminum air suam sekiranya dahaga.

MENYEMBUHKAN DEMAM:
Petua ini hanya sesuai untuk mereka yang deman biasa. Ambil segenggam daun betik. Bersih dan tumbuk hingga halus dan kemudian saring airnya menggunakan sehelai kain bersih. Air pati daun betik itu hendaklah diminum. Insya Allah dalam tempoh 12 jam anda akan melihat perbezaannya. Jika demam tidak sembuh, jangan lupa berjumpa doktor.

No comments:

Post a Comment